Image

Siapa Online?

Akaun

maybank2u
1644 0958 4563
Nurasyikin Jamaludin

CIMBclicks
14310 000 5082 01
Nurasyikin Jamaludin

Statistics

Members: 23
News: 91
Web Links: 5
Visitors: 117400

Chat

Set Bersalin Leesa ConfineMum PDF Print E-mail
logo
 
premium
Set C (Premium): Rm350 (Dgn Bengkung & Tungku Herba)
Tablet Haruan Omega, Tablet Prawan, Ginger Confine Cream, Body Contour Gel 30gm, Bengkung Correctuer, Minyak Telon, Cotet Emas Uncang, Tungku Herba 2 Unit
 
 
 
setB
Set B : Rm260 (Dengan Bengkung)
Tablet Haruan Omega, Tablet Prawan, Ginger Confine Cream, Body Contour Gel 30gm, Bengkung Correctuer, Minyak Telon
 
 
 
setA
 Set A : RM215.00 (Tanpa Bengkung)
Tablet Haruan Omega, Tablet Prawan, Ginger Confine Cream, Body Contour Gel 30gm, Minyak Telon
 
 
 
 notis
 
 
haruan

TABLET HARUAN RM49.00
          (50 Tablet)

Ikan haruan mengandungi semua jenis asid amino dan asid lemak yang penting dalam kolagen kulit manusia untuk proses menyembuhkan luka luar dan dalam, terutama luka selepas bersalin. Dari segi terma perubatan, ikan haruan mempunyai asid arachidonik. Ia akan bergabung dengan asid amino, alanine, proline, argine, serine, leucine dan phenylalanine untuk membantu polypeptide yang bertanggungjawab menyembuh penyakit-penyakit dan luka.

Tablet Haruan Complex adalah dari ekstrak asli ikan haruan terpilih yang dihasilkan melalui penyelidikan pakar dari Universiti Sains Malaysia . Pengambilannya amat mudah, kerana Haruan dalam bentuk tablet, jadi ia tiada bau hanyir yang meloyakan.

FUNGSI
  • Mempercepatkan penyembuhan luka luar dan dalam (terutamanya wanita yang brsalin secara caesarian atau pembedahan).
  • Melegakan luka-luka kecil atau luka jahitan faraj akibat melahirkan.
  • Baik untuk wanita lepas bersalin, kanak-kanak, wanita dan lelaki untuk kesihatan badan terutama untuk luka-luka dan selepas pembedahan
Diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dengan indikasi digunakan secara tradisional untuk melegakan luka-luka kecil dan untuk melancarkan penghadaman.


Cara Pengambilan:
Ambil 2 biji selepas sarapan sekali sehari, bermula hari ke 4 sehingga sebulan.

Kandungan: 50 tablet x 450mg

 

 

 

prawan
 
 
 
 
 
 
 
                                                                                                  
 
TABLET PRAWAN RM75  (80 Tablet)

 

Tablet Prawan yang berperanan seperti ubat periuk ini diformulakan dari herba-herba terpilih Malaysia bagi merawat, memelihara dan memberi ketahanan tubuh badan wanita, terutama selepas melahirkan. Ia berupaya membantu menyihatkan rahim dan sistem dalaman wanita, seterusnya mengembalikan rahsia kewanitaan seperti seorang perawan. Ia mudah diambil kerana tidak pahit dan tiada bau herba yang memeningkan juga tidak menyebabkan panas badan kepada ibu dan bayi. Selain itu, ia juga sesuai untuk kegunaan harian semua wanita walaupun bukan dalam pantang.

Mengandungi 5 herba `ubat periuk` iaitu :

  • Teja Lawang (Cinnamomum Inners)

    Digunakan secara tradisional oleh orang melayu sebagai ubat periuk menguatkan rahim lepas bersalin, selain daripada untuk menyembuhkan demam dan penawar racun, lenguh-lenguh tulang dan menambahkan tenaga badan.

  • Au Malam/Petai Jawa (Phyllagathis Rotundifolia)

    Banyak diamalkan oleh wanita bersalin dahulu kala untuk mencuci dan melancarkan perjalanan darah, selain untuk menyegarkan badan dan mengurangkan demam.

  • Daun Keman/Semalu (Mimosa Pudica)

    Banyak digunakan secara tradisi untuk membersih darah, melegakan senggugut, melawas pembuangan air kecil disamping mengubati batuk, demam panas dan sakit kepala.

  • Akar Serapat (Parameria Polyneura)

    Berfungsi mengecutkan dan menyihatkan peranakan selepas bersalin dan mencegah masalah meroyan.

  • Pinang Kotai (Agelaea Wallichii)

    Sering digunakan pada zaman dahulu untuk menambah tenaga dan menghilangkan pucat di muka kepada ibu-ibu bersalin. Ia juga berkesan untuk mengatasi sengal-sengal sendi dan bisa-bisa tulang.

 

KEGUNAAN :

  • Menguatkan rahim dan mengecutkan kembali saluran peranakan.

  • Mencuci darah dan melancarkan perjalanan darah nifas.

  • Melegakan masalah senggugut, melawas pembuangan air.

  • Mencegah masalah meroyan.

  • Menambah tenaga dan menghilangkan muka pucat selepas bersalin.

  • Menghilangkan sengal-sengal sendi dan bisa-bisa tulang.

 

 

 
ginger

GINGER CREAM RM55.00

Krim sapuan dari ekstrak semulajadi halia ini boleh digunakan untuk menggantikan pilis, membantu membuang & mencegah masuk angin serta menghangatkan badan.

Cara Penggunaan:
Boleh disapu sekerap yang diingini di dahi atau mana-mana bahagian badan.

Kandungan: 100gm

 

 

contour                                                                       contour

BODY CONTOUR GEL (50GM) RM30.00                         BODY CONTOUR GEL (100GM) RM55.00 

Gel yang dirumus dari ektstrak barli, ivy, butcherbroom, mushroom, sweet clover, lady’s thistle dan lemon mampu membantu mengurangi lemak dan selulit serta bertindak menegang dan melembutkan kulit.
Sapukan di peha, perut dan pinggang.Tahan panas sehingga 12 jam.

Cara Penggunaan:
Sapukan ke kawasan perut, pinggul dan peha sebelum berbengkung atau selepas mandi pagi dan petang.

 

 

 

bengkung

 

BENGKUNG CORRECTUER RM49.00

Bengkung ialah sejenis kain yang digunakan secara tradisi sejak berzaman lamanya, diikat di bahagian perut sebaik selepas bersalin secara normal (ketika dalam pantang), bertujuan mengempiskan perut setelah ia semakin mengembang akibat proses kehamilan.

Bengkung CORRECTUER dari Leesa Formula adalah singkatan perkataan `Correct & Contour`, khusus untuk membentuk kembali dan merampingkan pinggang.

 KEISTIMEWAAN BENGKUNG CORRECTUER :

  • Dijahit 2 lapis, sangat kuat dan tahan untuk penggunaan yang lama.

  • Fabriknya yang tebal tetapi lembut, selesa dan mudah menyerap peluh.

  • Dipotong dan dijahit dengan baik sehingga terasa sangat selesa dipakai dan terletak kejap di badan.

  • Cukup labuh bagi menutup seluruh kawasan perut, bermula bawah payudara sehingga mencecah paras pinggul tanpa masalah menaik, berlipat atau berkumpul di perut (banyak bengkung jenama lain di pasaran dibuat dari kain yang licin dan nipis serta tidak cukup labuh sehingga mudah menaik dan berkumpul di perut).

  • Mudah diikat oleh ibu bersalin sendiri, tanpa memerlukan bantuan sesiapa.

  • Boleh diikat mengikut tahap ketat yang diingini, tanpa mengganggu pergerakan.

  • Boleh dipakai bila-bila masa (walau bukan berpantang), untuk mengempiskan perut dan merampingkan badan dengan menyapu bersama gel pelangsing Body Contour Gel dari Leesa Formula.

 

KEGUNAAN :

  • Membentuk kembali badan terutama kawasan perut yang telah berkembang akibat hamil.

  • Merampingkan kembali pinggang.

  • Mengelak kekenduran otot perut dan perut menggelebeh.

  • Menaik dan membentuk kembali punggung.

  • Mempercepatkan perut terasa `penuh` bagi mengelak terlebih makan.

  • Baik jika digunakan oleh semua wanita, walaupun bukan ketika berpantang.

 
CARA PENGGUNAAN :

  • Setelah menyapu Body Contour Gel di seluruh kawasan yang hendak dibengkung, berdiri tegak dan letakkan bengkung dari bahagian belakang abdomen menghala kedepan dengan punca tali berada di bawah. 
  • Jika bengkung terlalu panjang, sila klim atau jahit di bahagian tengah bengkung.
  • Lipat bahagian kanan kain ke dalam, manakala sebelah kiri kain di bahagian luar dengan punca tali yang kelihatan dibahagian bawahnya.
  • Mula mengikat dengan memasukkan semua tali ke dalam lubang pertama yang berhadapan dengan punca tali, kemudian tarik sehingga ketat. Lakukan cara yang sama hingga dilubang kedua atas yang bertentangan (menjadikan ikatan bersilang), sehingga habis semua lubang diikat kejap.
  • Setelah rasa cukup ketat dan selesa, simpulkan lebihan tali tadi di bawah ikatan bengkung.

 Pakai pada waktu pagi dan malam berterusan selama 40 hari.

Jika bersalin secara pembedahan, jangan guna bengkung ini sehingga sembuh kesan pembedahan.

 


 

telon

 

MINYAK TELON RM12.00

 Mencegah kemasukan angin, melegakan kembung perut dan menghangatkan badan bayi.

Cara Penggunaan:
Sapukan pada dada, perut, pinggang dan telapak kaki pada bila-bila masa yang diingini terutama selepas mandi dan ketika cuaca sejuk.

Kandungan: 24ml

LARANGAN :

Jauhkan dari kanak-kanak dan untuk kegunaan luar sahaja.

RAMUAN :

Mineral Oil, Peppermint Oil, Menthol, Nutmeg Oil, Eucalyptus Oil, BHT.

Diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (MAL 05090421K)

 

 

 

cotet

 

COTET EMAS UNCANG RM29.00

 Minuman herba semulajadi yang dirumus dari 5 herba iaitu cotet mas, akar serapat, tutup bumi, teja lawang dan limau purut untuk membantu mengecut kembali peranakan & memberi kesihatan dalaman yang lebih baik selepas bersalin.

Cara Pengambilan:
Boleh diminum pada bila-bila masa, panas atau sejuk.
 
Cotet Emas Uncang herba, khusus untuk minuman harian wanita, terutama bagi ibu dalam pantang. Rasa yang enak dengan bau limau purut yang harum. Cotet Emas Uncang adalah herba yang popular dikalangan penduduk utara Malaysia sebagai tonik wanita dan sering digunakan terutama selepas bersalin. Cotet Emas Uncang amat baik dijadikan minuman kerana khasiat kandungan bahan flavanoid dan triterpenoid di dalamnya bertindak sebagai anti-oksidan dan anti-inflamatori, manakala perisa semulajadinya yang menyerupai rasa kayu manis amat digemari ramai.

 

KEGUNAAN :

Mengecutkan peranakan, memberi tenaga, menyihatkan tubuh, merapatkan kembali vagina, bersifat antiseptik dan mengurangi bau badan.

CARA PENGUNAAN :

  • Masukkan satu uncang ke dalam bekas dan tuangkan air panas.

  • Biarkan seketika antara 3 hingga 5 minit.

  • Boleh diminum panas atau sejuk.

RAMUAN :

Dalam bentuk uncang, mengandungi 5 herba: Cotet Emas, Akar Serapat, Tutup Bumi, Teja Lawang & Limau Purut.

KANDUNGAN : 15 uncang x 2gm

 

 

 

tungku

 

 TUNGKU HERBA : 1 UNIT RM40.00 / 2 UNIT RM75.00

Rawatan bertungku tradisi dengan kandungan 5 herba iaitu halia bara, kunyit, limau purut, serai wangi dan champor di dalam pek cotton, berfungsi untuk memanaskan perut bagi mempercepatkan pengecutan rahim dan melancarkan pengeluaran darah kotor serta melonggarkan otot tegang, melancarkan perjalanan darah dan menyihatkan badan..



Cara Penggunaan:


Stim antara 5-15 minit, tuam di perut dan lain-lain bahagian setiap pagi selama 2 minggu ke 30 hari.

Pek Tungku Herba adalah formula eksklusif Leesa Formula yang di ilhamkan dari amalan tradisi masyarakat Thai, menggunakan beberapa ramuan herba yang dipanaskan melalui kaedah mengewap (steam) lalu dituam ke badan bagi memberikan kesihatan yang lebih baik kepada semua orang, terutama ibu lepas bersalin.

Ia dalam bungkusan kain cotton mengandungi 5 jenis herba iaitu halia bara (plai), kunyit, limau purut, serai wangi dan kapur barus. Semua herba tersebut telah digunakan turun temurun dalam perawatan tradisional hampir diseluruh Asia Tenggara seperti Malaysia , Indonesia dan Thailand .

Ramai mengetahui khasiat `bertungku`, tapi susah hendak dipraktikkan kerana ketiadaan batu yang sesuai, tidak tahu cara membakar & jenis-jenis daun yang digunakan untuk membalut tungku, susah untuk mencari daun tersebut, tidak tahu bagaimana mahu membalut batu tungku dan sebagainya.

KEGUNAAN :

  • Set ConfineMumPremium menyediakan Pek Tungku Herba yang berfungsi sebagai `batu tungku` yang mudah, ringkas dan sangat berkhasiat bagi :

  • Memanaskan perut untuk mempercepatkan pengecutan rahim & melancarkan pengeluaran darah kotor.

  • Memanaskan badan untuk melonggarkan otot tegang, melancar perjalanan darah dan menyihatkan badan.

CARA PENGGUNAAN :

  • Ambil periuk kukus atau periuk nasi elektrik yang berkukus dan masukkan air setengah periuk.

  • Letakkan 1 bungkus Pek Tungku Herba di atas pengukus tersebut. Biarkan antara 5 - 15 minit

    .
  • Selepas mengeluarkan Pek Tungku Herba yang telah panas, sila masukkan Pek Tungku Herba ke 2 untuk dipanaskan.

  • Pek Tungku Herba pertama yang sedang panas tadi dilap dengan tuala bagi mengurangkan basah wap, kemudian dituam secara cepat di perut.

  • Setelah kadar panas agak selesa barulah ditungku dengan tempoh masa yang lebih lama disesuatu bahagian badan bagi memastikan khasiat herba terserap ke dalam badan.

  • Apabila telah sejuk, masukkan semula ke dalam periuk kukus dan ambil Pek Tungku Herba ke 2 yang telah panas untuk digunakan.

  • Ulang cara bertungku yang sama.

  • Rawatan bertungku elok dilakukan pagi dan petang selama 2 minggu atau sehingga 30 hari berpantang.

 KANDUNGAN : 200gm X 2 pek

 

 

leesa

• Formula herba tempatan mengikut tradisi dan budaya masyarakat Malaysia.
• Sangat praktikal, dengan cara pengunaan yang mudah serta tanpa bau yang memeningkan.
• Sesuai untuk ibu bersalin normal atau pembedahan.
• Selamat untuk Ibu menyusu bayi.
• Diluluskan Kementerian Kesihatan Malaysia.

 Cara Penggunaan ConfineMum Set Premium
Mulakan penggunaan Set ConfineMum pada hari keempat selepas melahirkan termasuk untuk ibu bersalin melalui pembedahan.


Tablet Haruan
Ambil 2 biji setiap hari, selepas sarapan pagi.
 

Tablet Prawan
Ambil 2 biji setiap hari, selepas makan malam.
 

Ginger Cream
Sapukan di dahi (mengganti pilis) serta di lain-lain bahagian badan selepas mandi pagi dan petang. Baik juga dicampur dengan minyak untuk berurut.

Body Contour Gel
Sapu di perut, pinggang, pinggul dan peha sebelum berbengkung, pagi dan malam.
 

Bengkung Correctuer
Ikat di bahagian perut, bermula dari bawah pinggul hingga bawah payudara.
 

Minyak Telon
Sapu di perut atau mana-mana badan bayi untuk memanas dan mencegah kembung.
 

Pek Tungku Herba
Tuam di perut & lain-lain bahagian badan setiap pagi selama 2 minggu atau sehingga 30 hari.
 

Cotet Emas Uncang
Minum pagi & petang atau bila-bila masa yang disukai.



 


 

Untuk paparan yang menarik, sila gunakan Mozila Firefox 2.0 keatas atau Internet Explorer 7

RocketTheme Joomla Templates